Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

CARA MEMBANTU SAUDARA SEISLAM DITINDAS

PENINDASAN merupakan satu kezaliman yang ditolak oleh semua masyarakat dunia. Tetapi mutakhir ini, kita dapat melihat umat Islam ditindas di merata-rata tempat seperti di China, India, Myanmar, Palestin dan lain-lain lagi.

Ini membuatkan seluruh umat Islam sedih di atas nasib saudara-saudara seagama di sana. Sebagai umat Islam, perasaan sedih melihat kesengsaraan itu amatlah dituntut sebagaimana sabda baginda Rasulullah (SAW): Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling bersimpati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.- [HR. Bukhari dan Muslim].

Persoalannya, adakah kita hanya menyaksikan penindasan ini berlaku tanpa melaklukan sebarang reaksi atau tindakan? Islam sememangnya menganjurkan supaya umatnya bersatu dalam membantu dari semua aspek. Antara bantuan yang boleh dihulurkan ialah:

  1. Berdoa dan solat hajat

Berdoa bukan hanya untuk kebaikan diri kita dan orang di sekeliling kita sahaja. Ia juga merupakan salah satu bentuk bantuan yang kita boleh hulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Adakalanya kita mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan mahupun tenaga apabila mereka memerlukan pertolongan, maka dengan doalah kita boleh membantu mereka.

Bagaimana jika orang yang ditimpa kesusahan itu berada jauh daripada kita seperti yang berlaku ke atas umat Islam diseluruh dunia?

Maka, doa merupakan satu-satunya ‘senjata’ orang Mukmin yang boleh mengubah keadaan jika diizinkan oleh Allah SWT. Terdapat di dalam sebuah hadis baginda Rasulullah (SAW) yang maksudnya: Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab.

Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)” – [HR Muslim 4914].

  1. Membantu dari sudut kewangan

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan membalas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi sebelum akhirat.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit iaitu 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya: Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” 

Sabda baginda Rasulullah(saw) pula: Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain.

Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” –[HR. Bukhari dan Muslim]

Maka, dengan kita memberi bantuan kepada saudara Muslim kita yang susah akan menyebabkan ganjaran berlipat kali ganda. Ini kerana semua mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah ketika mana dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu janganlah bertangguh lagi untuk bersedekah.

  1. Membantu dari sudut bantahan

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” –(Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah tiba masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri. Umat Islam juga perlulah mengenal pasti dan mencari di manakah silapnya. Disamping itu masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.

Pemimpin negara Islam haruslah bersatu dan memandang ke depan selain mengatur strategi yang efektif ke arah mencari penyelesaiannya.

Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan penghinaan terhadap umat Islam dapat dihindarkan.

Umat Islam juga perlu berani membantah dan bersuara akan setiap tindakan yang zalim keatas umat Islam di seluruh dunia tanpa rasa takut.

Ini kerana, jika kita bersatu dalam bersuara maka ia akan menggerunkan musuh-musuh Allah yang sentiasa berusaha untuk memisah-misahkan umat Islam.

Kesedaran begini bukan sahaja dari umat Islam sahaja bahkan suara pemimpin-pemimpin Islam yang mengutuk setiap tindakan kezaliman yang berlaku.

Bangkitlah umat Islam dari tidur yang lena dibuai mimpi yang indah. Mereka memerlukan kita.

Disediakan