Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

KELEBIHAN 10 MUHARRAM

NAMPAKNYA kita bakal memasuki fasa terakhir Ramadan yang mana pada 10 akhir bulan mulia ini, umat Islam diseru melipatgandakan amalan kepada Allah.

Sesungguhnya, Allah menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna kerana Allah memberitahu kepada kita bahawa Allah menurunkan al-Quran pada malam tersebut iaitu Lailatul Qadar.

Ia adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman Allah di dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” 

Itulah malam Lailatul Qadar dan ia pada bulan Ramadan seperti firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan merupakan bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang hak dan yang batil.

Diceritakan didalam tafsir Imam Ibn Khatir dari Mujahid: Pada Bani Israil itu ada seorang lelaki yang mana bangun malam beribadah sehingga terbit matahari, kemudian dia memerangi musuh pada siang hari sehingga ke petang.

Dia melakukan yang demikian itu selama 1,000 bulan kemudian Allah menurunkan ayat yang bermaksud: “Malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu lebih baik dari seribu bulan.

Melakukan ibadah pada malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada apa yang dikerjakan oleh lelaki itu.

Di dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Nasa’I, daripada Abu Hurairoh telah berkata: “Ketika mana telah datang bulan Ramadan, telah bersabda Rasulullah SAW.

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatul Qadar sebaik 1,000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu,” sabda Baginda.  

Apakah amalan pada 10 malam terakhir?

  1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran. Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 
  2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri. 
  3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir. 
  4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya. Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku. 

5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan

Bilakah malam Lailatul Qadar itu 

Daripada Marsad telah berkata: “Aku telah bertanya kepada Abu Dzar: Bagaimana kamu telah bertanya Rasulullah mengenai malam Lailatul Qadar?” 

Berkata Abu Dzar: “Wahai Rasulullah beritahu kepadaku mengenai malam Lailatul Qadar, adakah ia di bulan Ramadan atau selain daripadanya?” Maka berkata Rasulullah: “Bahkan ia dalam bulan Ramadan.”

Aku bertanya lagi: “Adakah ia bersama nabi, dan apabila wafatnya nabi-nabi itu maka ia diangkat? Ataupun ia sehingga hari kiamat?” Berkata Rasulullah: “Bahkan ia sehingga hari kiamat.” 

Aku bertanya lagi: “Mana bahagian pada bulan Ramadan?” Berkata Rasulullah: “Carilah kamu pada 10 yang terawal dan 10 yang terakhir.”  

Kemudian Rasulullah pun bercakap (dengan sahabat yang lain) sehingga aku melihat Rasulullah berhenti seketika maka aku pun bertanya lagi: “Mana satu yang 20 itu tadi wahai Rasulullah?” 

Maka berkata Rasulullah: “Carilah pada 10 malam terakhir dan jangan tanya aku selepas daripada ini.” 

Kemudian Rasulullah pun bercakap (dengan sahabat yang lain) sehingga aku melihat Rasulullah berhenti seketika maka aku pun bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, Aku bersumpah ke atas engkau dengan hak aku ke atas engkau, boleh tak engkau memberitahu aku mana satu 10 malam itu?”  

Maka Rasulullah marah dengan marah yang sangat dahsyat dan aku tidak pernah melihat Rasulullah marah sebelum daripada ini sejak aku berkawan dengannya. 

Maka berkata Rasulullah: “Carilah pada tujuh yang terakhir, dan jangan kamu tanya aku lagi selepas daripada ini. [2] 

Sesungguhnya terdapat perselisihan di antara para alim ulama yang mana adakah malam Lailtul Qadar ini berubah-rubah ataupun ia tetap pada hari itu sampailah ke hari kiamat. 

Yang pastinya adalah malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir dan ia adalah pada malam-malam yang ganjil. 

*[2] Dikeluarkan oleh Imam Nasai’. Telah berkata ulama bahawa hadis ini adalah lemah disebabkan Marsad itu tadi.

Disediakan