Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

SIFAT MALU

KETIKA ini kita dapat melihat ramai dalam kalangan umat Islam tidak sensitif untuk berkongsi atau menonjolkan perkara-perkara yang menjadi keaiban khususnya pada diri sendiri.

Ini kerana mereka menganggap bahawa ia merupakan hak peribadi seseorang sehinggakan tercabut sifat malu dalam diri masing-masing.

Malu merupakan salah satu daripada sifat yang terpuji dan ia merupakan salah satu daripada cabang-cabang iman sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis sahih, antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Makna: “Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan” [HR Bukhari].

Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW: Maknanya: “Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu” – [Riwayat al-Bukhari].

Sifat malu daripada melakukan sesuatu yang menyanggahi adab, tatasusila dan kerukunan masyarakat merupakan satu sifat yang amat terpuji. Sifat malu inilah yang akan menjadi benteng masyarakat daripada terjebak ke dalam krisis moral, keruntuhan akhlak dan kebejatan sosial.

Dalam konteks zaman moden ini, teknologi internet dan media sosial menjadi wadah yang amat efektif dalam berkongsi maklumat dan menyampaikan pandangan.

Namun demikian, amat mendukacitakan tatkala masih ramai yang tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin dan berkongsi kandungan yang tidak membawa sebarang faedah dan manfaat bahkan tanpa segan silu mereka sanggup mengongsikan gambar-gambar yang bercanggah dengan agama dan akhlak seperti gambar yang tidak menutupi aurat.

Termasuk perbuatan yang memalukan diri sendiri dan orang lain serta perkara-perkara yang boleh mengundang kontroversi dan polimik yang tidak berkesudahan.

Sesuatu kemungkaran yang berlaku sebenarnya didasarkan kepada ketiadaan sifat malu dalam diri manusia. Kehilangan sifat ini akan menyebabkan seseorang berani melakukan maksiat secara terang-terangan baik di khalayak, apatah lagi di depan Allah SWT.

Sifat malu seharusnya dipupuk sejak kecil oleh ibu bapa kerana sifat itu akan menjaga diri anak apabila meningkat dewasa dan berjauhan daripada ibu bapa kelak.

Antara cara memupuk sifat malu adalah dengan memberi kefahaman mengenai sifat ihsan.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan mengenai ihsan iaitu: “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” [HR Muslim].

Begitulah pentingnya sifat malu dan sewajarnya kita memiliki sifat itu. Malu bukan kerana kekurangan atau kelemahan diri di mata manusia sahaja, tetapi malu tanda iman kepada Allah SWT yang menyebabkan kita sentiasa ingin melakukan amalan yang diredai Allah SWT.

Disediakan