Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

CARA MENGHASILKAN KONTEN YANG BERMANFAAT

https://clickdimensions.com/files/2020/01/7-Benefits-of-Social-Media-Marketing.jpg

TREND dunia hari ini menyaksikan kebanjiran Youtuber ataupun YouTube Content Creator dan Malaysia juga tidak terkecuali. Ia menjadi peluang bisnes yang diminati sejak akhir-akhir ini memandangkan semakin ramai pihak melayari laman tersebut dan ia berjaya menjadikan YouTube sebagai satu platform video nombor satu dunia.

Konten atau isi kandungan dipaparkan adalah pelbagai jenis. Antaranya ialah muzik, pendidikan, hiburan, sains dan teknologi serta pelbagai lagi yang mana terlalu banyak untuk disenaraikan.

Content creator juga digelar sebagai influencer yang merujuk kepada orang yang mempunyai ramai pengikut dan membawa pengaruh dalam media sosial. Bercakap soal ia menuntut kita untuk menunjukkan contoh yang baik agar dapat diikuti oleh semua yang menonton dalam menyediakan kandungan dalam platfom tersebut.

Kita tidak dapat nafikan apabila terjadinya lambakan youtuber yang mengejar subscriber dan likes menyebabkan mereka mula terdesak dalam membuat konten bertujuan mendapat tempat di hati penonton.

Maka timbullah pelbagai video-video yang tidak dapat diterima akal. Ada dalam kalangan mereka fikir hanyalah untuk mendapat tontonan. Ini kerana, semakin ramai menonton semakin banyak keuntungan yang akan diperoleh.

Jadi di sini ustaz senaraikan beberapa point penting dalam menghasilkan konten bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

  1. Perbetulkan niat

Niat merupakan paksi dalam segala amalan. Sematkan di dalam hati untuk berkongsi sesuatu yang baik agar menjadi nilai tambah saham akhirat kelak. Apabila sesuatu perkara diniatkan untuk kebaikan, ia mampu menjadi benteng agar kita tidak melepasi sempadan yang tidak sepatutnya.

Boleh jadi suatu amal yang kecil itu menjadi besar kerana niat dan boleh jadi sesuatu amal yang besar itu menjadi kecil juga kerana niat. Jadi di sini ustaz nyatakan tidak mustahil asbab menyebarkan kebaikan melaui konten video dapat menyebabkan kita memperoleh pahala besar selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak.

  1. Konten yang halal dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai keislaman

Pilihlah konten yang lebih bersifat edukatif, mampu mendidik dan ada isinya. Elakkan konten yang nisbah hiburannya melebihi perkara yang bermanfaat.

Ia lebih selamat agar kita tidak menjadi punca penonton menjadi ‘lagha’ atau lalai. Budaya melayu kita sendiri mengajar kita untuk menjaga adab dan tatasusila maka berusahalah untuk mengekalkannya.

Sewajibnya kita berusaha untuk menjauhi konten yang memaparkan produk yang boleh merosak akhlak generasi muda, pendedahan aurat wanita dan juga pengisian yang sia-sia.

Daripada Abu Hurairah katanya: Telah bersabda Rasulullah: “Di antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya (perkara sia-sia) [HR Tirmizi 2318]

  1. Ambil peluang untuk sebarkan dakwah dan kebaikan

Ambillah peluang yang ada di depan mata untuk berdakwah atau sekurang-kurangnya selitkan pengajaran walaupun konten yang dipamerkan berbentuk hiburan kerana Rasulullah pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia” – [HR Tobrani 5787].

Setiap apa yang kita lakukan akan dicatatkan sama ada baik atau buruk. Setiap orang tidak akan terlepas daripada melihat setiap perlakuan dilakukannya ketika hidup di dunia. Tidak ada satu pun terlepas kerana malaikat sentiasa bersedia mencatat setiap perlakuan manusia.

Hal itu dijelaskan Allah dalam Surah Qaf ayat 17 dan 18 yang bermaksud: “Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).”

Malaikat tidak pernah lalai melaksanakan tugas yang ditetapkan kepada mereka. Pada hari perhitungan kelak, mulut tidak lagi boleh berbicara. Bukan saja setiap perlakuan dicatat di dalam buku amalan, malah tangan dan kaki dibenarkan Allah untuk berbicara sebagai saksi atas perbuatan manusia ketika di dunia.

  1. Jangan ulas jika tidak cukup pengetahuan

Ada juga dalam kalangan kita yang membuat konten-konten agama dalam YouTube. Jadi seharusnya kita memastikan dahulu kesahihan isi kandungan tersebut agar tidak membawa kesesatan kepada orang lain seperti status hadis, tafsir ayat dan sebagainya.

Ia juga bagi mengelakkan fitnah kepada agama serta memastikan kita tidak mengulas sesuatu perkara mengikut kefahaman kita sendiri.

Video yang dihasilkan mempunyai kebarangkalian untuk menjadi pengaruh besar terhadap penonton.

Sebagaimana kita dituntut untuk mencari rezeki yang halal maka berusahalah memelihara kesucian rezeki memandangkan ramai dalam kalangan kita yang menjadikan saluran YouTube sebagai pendapatan tambahan kerana yang halal tidak akan pernah bercampur dengan yang haram.

Contohnya seperti konten yang memaparkan nilai-nilai yang baik tetapi menampilkan pelakon perempuan yang tidak menutup aurat.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah serta kemudahan dalam menjalani kehidupan.

Disediakan