Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

LANGKAH KEBAHAGIAAN MENYEMARAKKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

https://media.istockphoto.com/id/640038714/photo/tourist-in-paris-at-the-arch-du-triomphe.jpg

PASANGAN suami isteri merupakan satu anugerah yang dikurniakan Allah kepada kita. Allah menciptakan lelaki dan perempuan adalah untuk melengkapi antara satu sama lain.

Hal ini kerana apabila suami isteri saling lengkap melengkapi maka akan terhasillah kasih sayang, ketenangan dan belas kasihan dalam rumah tangga.

Allah berfirman di dalam ayat suci Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 21: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Bagi mewujudkan kasih sayang antara pasangan suami isteri adalah perlu untuk kedua-dua belah pihak memainkan peranan dalam mewujudkan kasih sayang sama ada yang baru berkahwin atau yang sudah lama berkahwin.

Jika hanya seorang sahaja yang memainkan peranan, maka setiap apa yang dilakukan kebiasaannya akan menemui jalan kegagalan.

Oleh kerana itu, bolehlah ikuti langkah kebahagiaan bagi menyemarakkan lagi kasih sayang yang telah dibina:

  1. Perbincangan antara dua hala

Perbincangan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik. Perbincangan ini mestilah dilakukan dalam keadaan tenang, mesra dan jauh daripada gangguan anak-anak.

Antara intipati yang boleh dibincangkan ialah arah tuju rumahtangga, permasalahan yang timbul dan perasaan masing-masing antara satu sama lain.

Pastikan perbincangan ini berpaksikan kasih sayang dan elakkan daripada menggunakan perkataan tuduh-menuduh atau salah-menyalahkan antara satu sama lain.

Gunakan perkataan-perkataan yang membuatkan pasangan rasa senang dan selesa.Waktu yang sesuai kebiasaannya sebelum tidur atau nama lainnya ‘pillow talk’.Situasi ketika itu lebih tenang dan ‘bonding’ ketika itu lebih terasa erat.

  1. Membuat kejutan yang membahagian pasangan

Antara yang disebutkan oleh baginda Rasulullah ialah dengan memberikan hadiah. Sabda Baginda Rasulullah: Hendaknya kalian saling memberikan hadiah, kerana hadiah dapat menghilangkan sifat benci dalam dada, dan janganlah seseorang meremehkan pemberian jirannya walaupun hanya kaki kambing. [HR Tirmizi 2056]

Nasihat Baginda Rasulullah tidaklah terarah kepada semua pasangan suami isteri untuk sentiasa memberikan hadiah tetapi ia boleh diaplikasikan bagi mewujudkan kasih sayang antara satu sama yang lain. Hadiah yang diberikan tidaklah menjadi syarat hadiah-hadiah yang mahal tetapi cukup sekadar pemberian yang ikhlas dari hati.

Bagi pasangan yang menerima hadiah pula janganlah meremehkan setiap pemberian pasangan anda kerana ini akan membuatkan si pemberi hadiah itu kecewa dan sedih.

  1. Memanggil dengan panggilan yang mesra

Panggilan yang baik boleh mendatangkan kasih sayang antara pasangan suami isteri. Sebaik-baik contoh adalah Baginda Rasulullah yang memanggil isterinya Aishah dengan panggilan ‘Ya Humaira’ yang bererti si pipi merah.

Panggillah pasangan anda dengan nama-nama yang boleh melembutkan jiwanya dan membuatkannya bertambah sayang. Allah melarang seseorang memanggil dengan panggilan yang buruk yang boleh menghina seseorang. Firman Allah di dalam Surah Al-Hujuraat ayat 11: Dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

  1. Lakukan kerja rumah bersama-sama

Kesibukkan tidak sepatutnya menjadi alasan seseorang itu untuk tidak melakukan kerja rumah bersama-sama. Carilah ruang yang sesuai untuk membantu pasangan anda di rumah seperti menyapu sampah, mengemas rumah atau menyidai pakaian.

Kekasih Allah iaitu Baginda Rasulullah juga dalam kesibukan memimpin ummah tidak mengabaikan tanggungjawab di rumah.

Aisyah pernah ditanya mengenai perilaku baginda Rasulullah apabila di rumah. Maka kata Aisyah: Baginda suka membantu pekerjaan rumah isterinya, apabila tiba waktu solat, maka baginda akan pergi untuk melaksanakan solat. [HR Bukhari 5579]

  1. Lakukan ibadah bersama-sama

Perkara yang paling penting dalam semua di atas ialah dengan mengajak pasangan anda untuk melakukan ibadah samada wajib atau sunat bersama-sama. Ini kerana, apabila Allah menyayangi

seseorang maka Allah akan melimpahkan seseorang itu dengan kasih sayangNya dan apabila seseorang itu mendapat kasih sayang Allah maka akan menyebabkan penduduk bumi dan langit akan mencintainya.

Sabda Baginda Rasulullah: Apabila Allah mencintai seseorang hamba, maka dia akan menyeru Jibril: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka Jibril pun mencintai orang tersebut, maka Jibril menyeru kepada penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah si fulan. Maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut, sehingga akhirnya ditetapkan bagi si fulan untuk diterima di bumi. [ HR Bukhari 5580]

  1. Sentiasa berdoa untuk pasangan

Doa merupakan senjata yang paling berkesan. Berdoa membolehkan seseorang itu berubah dengan izin Allah. Doa juga boleh menyebabkan kasih sayang akan berkekalan kerana kita meminta pada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Perkasa.

Antara doa yang boleh didoakan ialah: Ya Allah jadikan pasanganku mencintaiku di dunia hingga ke akhirat. Ya Allah janganlah engkau pisahkan kami dan jauhkan mereka-mereka yang mahu merosakkan hubungan kami ini. Ya Allah jadikan pasangan kami sentiasa mentaati perintah Mu. Hanya kepada Mu Ya Allah kami berserah dan kepada Mu tempat kami meminta.

Disediakan