Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

KRITERIA IKLAN PATUH SYARIAH

https://media.istockphoto.com/id/1164214165/photo/broadway-in-manhattan-new-york-city.jpg

IKLAN atau advertisement merupakan nadi yang mana ia menghidupkan sesuatu pemasaran dalam menjayakan sesebuah perniagaan. Ia menjadi salah satu strategi untuk menarik perhatian membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan mereka.

Mutakhir ini perkembangan pengiklanan di negara Malaysia mula memperlihatkan pengaruh norma budaya barat.

Tidak keterlaluan jika ustaz katakan iklan berbaur lucah tetapi ditampilkan dalam bentuk double meaning serta wujudnya elemen kewanitaan yang menggambarkan kaum wanita sebagai objek seks, seksi dan mengghairahkan digunakan semata-mata bagi menarik perhatian pembeli.

Iklan ubat kuat tanpa segan-silu memaparkan imej lelaki dan perempuan di atas katil, iklan ubat pembesaran payudara pula tanpa selindung menayangkan aset wanita walaupun dalam keadaan separuh tertutup. Jika difikirkan akal yang rasional ia adalah bertentangan dengan agama Islam dan adat budaya masyarakat kita sendiri.

Penggunaan wanita dalam pengiklanan itu sendiri akan menyebabkan berlakunya pencabulan terhadap aurat wanita seperti yang dilakukan beberapa iklan yang mengiklankan produk yang kononnya sebagai menutup aurat tetapi hakikatnya tidak mengikut garisan syariat yang telah ditetapkan.

Di sini ustaz kongsikan beberapa kriteria iklan tidak patuh syariah yang boleh kita elakkan untuk menjadi nilai tambah saham akhirat dalam perniagaan kita agar lebih berkat.

  1. Elakkan iklan berbaur lucah walaupun dengan makna tersirat (double meaning)

Iklan lucah bukanlah sesuatu yang ‘seronok’ untuk dipertontonkan kepada awam. Cukup sekadar penerangan sesuatu produk dipaparkan dengan jelas kerana ia lebih dekat dalam menjaga maruah semua individu yang terlibat. Sesungguhnya memelihara maruah diri itu juga akan beroleh pahala.

  1. Jauhkan model wanita sebagai subjek pengiklanan

Iklan yang memaparkan wanita secara tidak langsung akan menayangkan aurat wanita kerana wanita itu sendiri adalah aurat. Wanita bukanlah untuk dipamerkan kerana Allah berfirman di dalam Surah Al-Ahzab ayat 33: “Dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.

Model iklan juga tidak akan lari daripada bertabarruj atau berlebih-lebihan dalam berhias kerana solekan akan menjadi satu elemen yang lebih menyerlahkan sesuatu subjek. Baju berwarna terang, solekan yang tebal juga termasuk dalam tabarruj.

  1. Tidak ‘overclaimed’ akan keberkesanan produk

Seelok-eloknya digantikan dengan ucapan ‘InsyaAllah’ dan elakkan memberi jaminan kerana berkesan atau tidak adalah daripada Allah. Overclaimed dalam pengiklanan akan menyebabkan kita lebih cenderung untuk menambah-nambah cerita dan membawa kepada penipuan sedangkan ada diriwayatkan satu hadis yang membawa maksud: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid.” [HR Tirmizi 1208]

  1. Dilarang menyerupai pakaian orang bukan Islam

Dari Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dalam golongan mereka. – [HR Abu Daud 4031].

Ia membawa bermaksud pakaian khas yang dipakai oleh mereka seperti pakaian tukang sihir, pendeta, berlambang salib dan semua pakaian khusus dipakai oleh pemeluk agama lain dalam upacara keagamaan dan sebagainya.

Umat Islam haruslah mengekalkan identiti Islam dalam apa juga keadaan termasuklah dalam berpakaian.

Khulasahnya, pengiklanan hukumnya adalah harus jika benar-benar bebas mengikut perincian yang ditetapkan syarak dan daripada perkara yang diharamkan.

Kejujuran dalam perniagaan adalah sesuatu yang besar martabatnya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga Allah.

Peliharalah perniagaan dalam keberkatan Allah dan ingatlah matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara.

Disediakan