Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

CARA MEMBALAS KEBAIKAN ORANG

https://media.istockphoto.com/id/1138485950/photo/concept-of-love-giving-gifts-donorship.jpg

KEBAIKAN yang dibuat kepada seseorang itu sudah semestinya perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharap sebarang balasan melainkan memohon ganjaran daripada Allah.

Ini kerana tanpa keikhlasan yang dilakukan maka sesuatu amalan itu tidak diterima oleh Allah. Sabda Baginda Rasulullah: Allah tidak menerima amalan kecuali jika dilakukan dengan ikhlas dan mengharapkan wajahNya. – [HR Nasai 3089].

Islam juga tidak menghalang seseorang yang sudah dibantu untuk membalas setiap perbuatan yang dihulurkan kepadanya bahkan ia merupakan satu perbuatan yang sangat dituntut.

Bersyukur kepada manusia adalah dalam erti kata melahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diberikan.

Berterima kasih kepada manusia lain atas kebaikannya menjadi kayu ukur apakah seseorang itu dapat bersyukur kepada Allah atau tidak atas segala nikmat pemberianNya.

Sabda Baginda Rasulullah: Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia. – [HR Abu Daud 4811]

https://www.thestatesman.com/wp-content/uploads/2018/08/Thank-You-note.jpg

Maka antara cara untuk membalas kebaikan orang lain kepada kita kata para alim ulama ialah:

  1. Mengucapkan terima kasih

Mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kita adalah antara akhlak yang baik. Ia sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka atas bantuan yang diberikan.

Ini bertepatan dengan sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang dilakukan padanya kebaikan, lalu dia berkata kepada orang tersebut: Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian. – [HR Nasai 9937]

Ucapan terima kasih kepada orang lain tidak memerlukan apa-apa modal malah ia adalah yang paling mudah dan senang yang mana hanya perlu menggunakan air liur sahaja tetapi kesannya sangat mendalam kepada mereka yang membantu.

  1. Membalas dengan sebaik-baik balasan

Membalas dengan lebih baik kepada mereka yang telah membantu kita ketika dalam kesusahan merupakan sunah Baginda Rasulullah.

Contohnya seseorang yang telah membantu memberi pinjaman kepada kita maka balaslah dia dengan melebihkan duit bayaran.

Amalan melebihkan jumlah bayaran hutang ketika membayar hutang adalah satu amalan mulia dan ditunjukkan sendiri oleh Baginda Nabi SAW.

Ini dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Ibn Abdullah: Baginda berhutang kepadaku, lalu Baginda membayarnya dan melebihkan bayaran kepadaku. – [HR Bukhari 443 dan Muslim 715].

Imam al-Nawawi menyebut adalah disunatkan kepada penghutang untuk melebihkan nilai bayaran hutang semasa melangsaikan hutang tersebut. (al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/228).

Begitu juga jika sekiranya seseorang memberikan kepada kita hadiah ataupun masakan seperti jiran tetangga yang memberikan makanan maka balaslah ia dengan sebaik-baik balasan.

Sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. – [HR Abu Daud 1672]

  1. Berdoa kepada Allah

Sekiranya seseorang tidak dapat membalas kebaikan dengan memberikan apa yang terbaik kepadanya maka dibolehkan juga untuk berdoa kepadanya.

Ini bertepatan dengan hadis Baginda Rasulullah: Jika engkau tidak mendapati sesuatu yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya. – [HR Abu Daud 1672].

Islam menitik beratkan mengenai hubungan seseorang dengan seseorang yang lain. Meskipun ia tidak mampu tetapi Islam memberikan jalan agar seseorang itu sentiasa mensyukuri nikmat pertolongan yang diberikan.

  1. Mencertikan kebaikannya pada orang lain

Menceritakan kebaikan seseorang kepada orang lain boleh meningkatkan rasa hormat. Orang lain akan mengetahui kebaikan yang dilakukannya kepada orang lain maka ia akan dikenali sebagai orang yang baik.

Sesiapa yang diberi suatu pemberian kemudian ia mempunyai sesuatu hendaklah ia balas pemberiannya, jika tidak mempunyai sesuatu hendakah ia memujinya.

Siapa yang memujinya (si pemberi) bererti ia telah bersyukur, dan siapa yang menutupinya maka ia telah mengkufurinya. – [HR Abu Daud 4179].

Oleh kerana itu, hendaklah kita menjadi umat yang suka membalas kebaikan yang telah dilakukan kepada kita. Jika kita menerima pemberian, berbalas budilah!

Pantun melayu lama ada mengatakan: Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Disediakan