https://media.istockphoto.com/id/494762997/photo/whisper.jpg
FITNAH ialah merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau pihak yang membawa kepada porak-peranda.
Hukum fitnah jelas haram dan ditegah dalam hukum syarak. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Baginda Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) – [HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105].
Pada hari ini, fitnah berlaku berleluasa dengan cara yang lebih mudah berbanding dahulu. Sebelum daripada ini mungkin pemfitnah akan menyebarkan fitnah melalui jiran, ketika berborak di kedai kopi ataupun sekitar dalam kampung mereka sahaja tetapi pada hari ini teknologi yang semakin canggih menjadikan amalan fitnah ini mudah tersebar.
Fitnah berlaku dalam dua keadaan:
Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah berlaku dan ia dilihat berleluasa sekali dalam masyarakat kita pada hari ini terutama dalam media sosial.
Fitnah ini berlaku disebabkan oleh hasad dengki dan iri hati kepada seseorang dan sanggup mahu menjatuhkan individu tersebut dengan apa jalan sekali pun. Ada dalam kalangan mereka yang mencemburui kebahagiaan orang lain iaitu pasangan suami isteri yang bahagia, ada juga dengki jika sekiranya ada orang lebih daripadanya dan ada juga yang tidak boleh melihat kawan-kawan sepejabat berjaya lebih daripada dia.
Sifat dengki sebeginilah yang menyebabkan Iblis dimurkai Allah. Iblis dengki kepada Nabi Adam yang mana Allah melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Lalu iblis dengan angkuh dan sombong mengatakan bahawa manusia tidak layak menjadi khalifah disebabkan mereka diciptakan daripada tanah sedangkan iblis diciptakan daripada api.
Oleh yang demikian, sifat dengki iblis itu menyebabkan dia berusaha menghasut anak-anak Adam supaya bergaduh antara satu sama yang lain. Terutamanya bisikan syaitan itu menyuruh untuk melakukan fitnah antara mereka.
Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 91: Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.
Maka seharusnya kita perlu menginsafi diri kerana siksaan yang berat terhadap mereka yang membuat fitnah dan mereka yang menyampaikan fitnah.
Antara balasan bagi mereka yang membuat fitnah dan menyebar fitnah ialah:
Sabda Baginda Rasulullah: Berkata malaikat yang mengiringi Baginda Rasulullah adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disangkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan sehingga seluruh ufuk penjuru dunia. – [HR Ibn Hibban 655].
Firman Allah di dalam Surah An-Nur ayat 19: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Bagi membendung isu fitnah ini maka mereka perlu kepada:
Bagi pembuat fitnah dan penyebar fitnah mereka kena sedar bahawa dengan sebab perbuatan mereka berapa ramai orang yang bercerai-berai, bergaduh antara adik beradik, memutuskan tali silaturrahim disebabkan oleh fitnah yang disebarkan.
Maka mereka haruslah sedar apa yang mereka lakukan maka mereka akan dapat balasannya sama ada di dunia ataupun di akhirat nanti.
Disediakan