Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

LANGKAH MENGHADAPI TEKANAN DALAM ISLAM

https://sp-ao.shortpixel.ai/client/to_webp,q_glossy,ret_img,w_881/https://corkpsychotherapyandtraumacentre.ie/wp-content/uploads/2015/04/beatstress.png

TEKANAN emosi boleh mengakibatkan seseorang itu mengambil satu tindakan yang di luar jangkaan seperti membunuh diri, memukul, mencederakan diri sendiri dan bermacam-macam lagi reaksi apabila mereka berada dalam keadaan sangat tertekan.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita dikejutkan dengan pelbagai insiden membunuh diri dengan berjustifikasikan seperti menghadapi kemelut dan tribulasi kehidupan.

Fenomena seperti ini perlu dikaji dan ditekuni dengan lebih terperinci dari semua aspek, sama ada peribadi seseorang, gaya kehidupan, ekonomi, sosio budaya, faktor keluarga, dan pelbagai bentuk yang lain.

Ini semua boleh menyumbangkan ke arah tekanan yang melampau.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah mereka yang membuat panggilan bagi tujuan bantuan dan sokongan psikososial dari 1 Januari 2021 sehingga 18 Jun 2021 ialah sebanyak 122,328. Mereka mengadu dalam pelbagai masalah.

Ini merupakan satu jumlah yang cukup tinggi dan merunsingkan apabila masyarakat hidup dalam keadaan tertekan sehingga sanggup mengambil tindakan dengan membunuh diri.

Antara penyebab dan penyumbang kepada ingin membunuh diri ialah mereka yang datang daripada keluarga yang porak peranda, mempunyai masalah kemiskinan, tempat tinggal yang kurang memuaskan, kelemahan personaliti kendiri dan juga akibat ketakutan seperti kepada along atau seseorang.

Dalam Islam hukum membunuh diri merupakan salah satu perbuatan dosa besar yang boleh menyebabkan pelaku dicampakkan ke dalam api neraka.

Ini berdasarkan dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah: Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan disiksa dengan cara seperti itu pula. – [HR Bukhari 6047 dan Muslim 110].

Dalam hadis yang lain pula, Baginda menegaskan bahawa mereka yang membunuh diri tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga Allah mengampuni dosa mereka.

Sabda Baginda Rasulullah: Pada umat sebelum kalian, terdapat seseorang yang tercedera, dia tidak dapat menahan kesakitan lalu dia mengambil pisaunya lalu memotong tangannya. Darah berterusan mengalir sehinggalah dia mati. Allah berkata: Hambaku telah menyegerakan untuk mati, Aku telah mengharamkan ke atasnya syurga. – [HR Bukhari 3463].

Hadis ini menunjukkan pembunuh diri tidak dimasukkan ke dalam syurga sehingga diampunkan oleh Allah adalah sebagai ancaman yang amat keras. Punca tekanan emosi itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan ia berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati, roh, nafsu dan akal.

Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah yang dihadapinya.

Oleh yang demikian, Jika seseorang dalam keadaan tertekan maka Islam mengajarkan beberapa tindakan yang boleh dilakukan agar seseorang itu dapat menghadapi cabaran kehidupan. Antaranya ialah:

  1. Kembali kepada Allah

Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Tidak ada yang kekal melainkan Allah. Allah menjadikan dunia ini sebagai tempat untuk diuji dan bukan sebagai tempat untuk beristirahat hatta jika seseorang itu dikurniakan Allah dengan banyaknya ilmu, harta dan kebahagiaan namun ia tetap merupakan satu ujian dari Allah.

Seseorang perlu kembali kepada Allah dengan membetulkan keimanannya agar ia hanya bersandarkan kepada Allah.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ikhlas ayat 2: Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

  1. Berjumpa pakar kesihatan

Tidak dinafikan ketika kita mencari jalan bagi menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi adalah dengan bertanya kepada mereka yang pakar dalam bidangnya. Ini kerana dengan bertanya boleh menghilangkan keraguan.

Firman Allah di dalam Surah Al-Nahl ayat 43: Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

Dalam kita mendekatkan diri kepada Allah jangan sesekali kita lupa untuk mengambil sebarang pendekatan yang dibenarkan syarak agar masalah tidak ditambah dengan masalah yang lain.

  1. Jadikan berzikir sebagai amalan

Zikrullah adalah satu ibadat yang istimewa kerana ia terbuka dan mudah diamalkan meskipun seseorang itu berada dalam apa-apa keadaan pun. Maka, umat Islam perlu ambil peluang ini untuk tidak meninggalkan amalan ini, apatah lagi ia adalah arahan Allah dan Rasulullah yang mempunyai banyak kelebihan.

Disediakan