Edit Content
Click on the Edit Content button to edit/add the content.
Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

PERSEDIAAN MENGHADAPI HARI KIAMAT

https://media.suara.com/pictures/653×366/2019/06/13/20390-kiamat.jpg

HARI kiamat merupakan hari yang pasti akan berlaku ke atas kita semua, cuma persoalan yang timbul bilakah hari itu akan berlaku?

Apakah tanda-tanda bila akan terjadinya hari kiamat? Semua persoalan ini telah diterangkan dalam al-Quran dan hadis Baginda Rasulullah.

Bagi menjelaskan bila terjadi hari kiamat Allah menjelaskan di dalam Al-Quran Thaha ayat 15: Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan.

Sangat jelas di dalam firman Allah bahawa Hari kiamat pasti akan berlaku cuma bila itu dirahsiakan oleh Allah agar seseorang itu membuat persediaan awal untuk menuju hari itu.

Tanda-tanda kiamat sama ada kecil ataupun besar akan diperlihatkan kepada kita sebelum terjadinya hari kiamat yang amat dahsyat.

Jika diikutkan tanda-tanda kecil hari kiamat sudah cukup banyak seperti kewafatan Baginda Rasulullah, ilmu agama diangkat, akan banyaknya terjadi bencana dan kekacauan serta banyaknya pembunuhan.

Apa yang menarik perhatian kita semua mengenai salah satu tanda kiamat juga ialah surutnya air Sungai Furat atau Euphrates.

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2021%2F09%2F06%2F1282599.jpg

Sabda Baginda Rasulullah: Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’. – [HR Muslim 5152].

Sungai Furat merupakan sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran timur Turki, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.

Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Laporan berita mengenai air Sungai Furat yang menyusut sehingga menampakkan dasarnya akibat kemarau turut menarik perhatian terutamanya dalam kalangan umat Islam kerana ia adalah salah satu tanda kiamat.

Di dalam hadis yang disebutkan Baginda Rasulullah mengenai gunung daripada emas kata para alim ulama air Sungai Furat akan menjadi sangat mahal hingga nilainya menyamai harga emas. Ada juga mengatakan bahawa kemungkinan di suatu saat nanti di Sungai Furat akan ditemukan telaga minyak atau lombong emas.

Tapi satu yang pasti ialah penyebutan Sungai Furat oleh Baginda Rasulullah ini sebenarnya menunjukkan bahaya yang terkandung iaitu ramai orang berperang untuk merebutkannya. Ini kerana kata ulama bahawa manusia akan datang dari pelbagai pelusuk untuk berlumba-lumba memiliki kekayaan itu.

Dalam riwayat lain pula disebutkan: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. – [HR Bukhari 6586 Muslim 5153].

Maka persoalan yang paling penting ialah apakah persedian kita bagi menghadapi hari kiamat ini? Ini kerana ramai dalam kalangan kita hari ini yang sibuk dengan tanda-tanda hari kiamat tetapi mereka lupa perkara yang paling penting adalah persediaannya.

Kerana itu dalam hadis tadi sangat jelas Baginda memesan supaya tinggalkan harta itu dan seharusnya kita perlu tumpukan pada amal ibadah yang mana pada waktu itu hari kiamat sudah sangat hampir.

Firman Allah di dalam Surah Al-Hasyr ayat 18: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amal) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan) bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

https://cdn.langit7.id/foto/850/langit7/berita/2021/09/17/1/4148/waspadalah-rajin-ibadah-bukan-jaminan-masuk-surga-oxe.jpg

Maka bentuk amalan yang perlu disediakan dalam menghadapi hari yang sangat dasyat ialah:

  1. Pertingkatkan amal ibadah

Sentiasa mempertingkatkan amal ibadah dan sentiasa memperbaikinya. Ini kerana persediaan yang perlu kita hadapi pada waktu itu bukan wang ringgit tetapi keimanan kepada Allah.

Sabda Baginda Rasulullah: Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya). – [HR Tirmizi, 2459].

  1. Bertaubat kepada Allah sebelum terlambat

Bersegera bertaubat kepada Allah sebelum terlambat. Taubat ialah kembali kepada Allah daripada dosa, kembali kepada Allah sahaja atau kembali mentaati selepas melakukan dosa, atau memberi maksud kembali daripada dosa.

Sabda Baginda Rasulullah: Tidaklah akan datang kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya (dari barat). Apabila matahari terbit dari barat maka orang ramai melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya. Maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. – [HR Bukhari 4269].

Tanda-tanda kecil hari kiamat sudah terlalu banyak di hadapan kita tetapi disebabkan keselesaan yang kita ada pada hari ini menyebabkan kita buta bahawa kehidupan yang hakiki ialah kehidupan selepas kematian.

Oleh yang demikian, sebelum tibanya hari yang dijanjikan Allah kepada kita maka kembalilah kepada Allah agar kita tidak akan menyesal di sana nanti kerana walaupun air mata darah mengalir kita tidak akan lagi dikembalikan ke atas muka bumi ini.

Disediakan