Slide 1 Heading
Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Click Here
Slide 2 Heading
Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Click Here
Slide 3 Heading
Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipiscing elit dolor
Click Here
Previous
Next

Bermimpi Rasulullah tidak Mengubah Hukum

BERMIMPI berjumpa dengan Baginda Rasulullah merupakan satu anugerah daripada Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih dan ia merupakan kurniaan yang sangat besar kepadanya.

Kata Imam Ibn Hajar: Antara faedah bermimpi baginda sallallah alaih wasallam ialah menenangkan rindu orang yang bermimpi kerana dia benar dalam kecintaannya kepada baginda supaya dia beramal untuk bertemu baginda”. (Fath al-Bari 12/383)

ARTIKEL BERKAITAN: Istikharah dengan membuka al-Quran secara rawak, adakah sah hukumnya?

Orang yang bermimpi berjumpa dengan Baginda Rasulullah dalam tidur mereka sememangnya melihat baginda. Sabda Baginda Rasulullah: Barangsiapa melihatku dalam tidur, maka (seakan-akan) ia melihatku ketika terjaga, kerana syaitan tidak mampu menyerupaiku. [HR Bukhari 6478]

Sememangnya syaitan tidak boleh menyerupai Baginda Rasulullah namun mengikut pendapat yang tepat ialah seseorang dikira melihat Nabi dalam mimpi apabila dia melihat baginda dengan sifatnya seperti yang disebutkan dalam hadis.

 

Baru-baru ini viral di media sosial ada seorang ibu mengatakan anaknya bermimpi Baginda Rasulullah yang mana Baginda berpesan dalam mimpinya itu supaya tidak mengambil vaksin kerana nanti semua akan mati

Ada beberapa perkara yang perlu diteliti mengenai isu ini:

Pertama: dalam agama Islam mimpi tidak akan dapat mengubah hukum syarak ataupun menambah hukum baru setelah lengkap pensyariatan yang dibawa oleh junjungan besar Baginda Rasulullah.

Kata para alim ulama secara ijmak bahawa mimpi tidak boleh membatalkan dengan sebabnya sunnah yang yang telah sabit dan ia juga tidak boleh menetapkan sesuatu yang bukan sunnah sebagai sunnah.

Kedua: Mereka yang bermimpi Baginda Rasulullah mestilah ketahui sifat rupa paras Baginda Rasulullah supaya mimpi yang disebutkan itu merupakan mimpi yang benar berjumpa dengan Baginda.

Jika tidak, dia tidak dikira telah bertemu baginda. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Sirin. Imam Ibn Sirin apabila ada seseorang lelaki bercerita yang dia melihat Baginda Rasulullah dalam mimpi maka Ibn Sirin akan berkata: sifatkan kepadaku orang yang engkau lihat dalam mimpi, jika dia menyatakan sifat yang beliau tidak ketahui beliau akan berkata: Kamu tidak bermimpikan Baginda Rasulullah. (Fath al-Bari 12/383)

Ibn Abbas juga menegaskan mengenai perkara ini: Daripada Asim bin Kulaib, dia berkata: Bapa saya menceritakan kepada saya dengan berkata: Saya berkata kepada Ibn Abbas: Saya melihat Nabi dalam mimpi, beliau berkata: Sifatkannya kepadaku. Saya menyebutkan al-Hasan bin Ali dan menyamakannya dengan baginda. Beliau berkata: Engkau telah melihatnya (dalam mimpi). (Fath alBari 12/384)

Maka berhati-hatilah dengan menyandarkan sesuatu kepada Baginda Rasulullah. Lebih-lebih lagi perkara yang dibincangkan melibatkan hukum syarak. Adapun mengenai pengambilan vaksin maka pihak kerajaan telah memberi pilihan kepada rakyat sama ada untuk mengambilnya atau tidak.


Pengambilan vaksin merupakan saranan pakar yang dirujuk oleh pihak kerajaan. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 43: Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan dalam agama jika kamu tidak mengetahui.

Berkata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Jelasnya merujuklah kepada pakar dan ahli bidang-bidang tertentu jika kamu tidak mengetahui dan memahaminya. Kaedah ini merupakan pedoman hidup sepanjang masa sebagaimana jika seseorang atau salah seorang daripada ahli anggota keluarganya menderita sakit, maka dia akan merujuk dan memohon bantuan orang yang pakar dalam bidang perubatan iaitu doktor. Begitu juga dalam perkara agama, ia mesti merujuk dan meminta nasihat serta petunjuk daripada pakar-pakar yang menguasai ilmu agama iaitu para ulama’. (Fatwa antara Ketelitian dan Kecerobohan 45)

Dalam kajian saintifik, vaksin telah terbukti berkesan untuk menghalang komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19. Maka mengambil vaksin merupakan perkara yang selari dengan suruhan agama untuk menyelamatkan nyawa. Cuma saintis sedang mengkaji tentang keberkesanan vaksin untuk varian yang baru muncul.

Maka kita memohon kepada mereka yang tidak mahu mengambil vaksin maka itu atas pilihan mereka sendiri cuma janganlah disebabkan kita tidak bersetuju maka kita menghasut orang lain untuk tidak mengambilnya.

Pengambilan vaksin hanya ikhtiar dari kita selaku hamba Allah yang lemah. Daripada Ibn `Abbas RA, bahawa Rasulullah pernah didatangi seorang wanita yang meminta Baginda mendoakan dirinya yang kerap diserang sawan lalu auratnya terbuka.

Tetapi Nabi menjawab semula: Jika kamu ingin, kamu boleh bersabar dan bagimu ganjaran Syurga. Tetapi jika kamu ingin, aku akan mendoakan kamu Allah menyembuhkan kamu. Mendengar jawapan itu, wanita berkenaan memilih untuk bersabar, cuma meminta Rasulullah mendoakan beliau agar tidak membuka aurat sewaktu diserang sawan, dan Baginda berdoa kepada Allah akan hajat wanita tersebut. [HR Bukhari 555]