Ceramah Awal Muharram diadakan di Kg Pegoh, Melaka dihadiri oleh penduduk Kg. Pegoh sekitar waktu Maghrib pada 31 Julai 2023. Sebelum itu, penduduk dan staf Pertubuhan Akademi Al Bayan sama-sama merewang untuk memasak bubur asyura dan juga juadah untuk makan malam selepas ceramah tamat. Mualaf-mualaf yang hadir ke program ceramah juga menerima bantuan hasil daripada sumbangan orang ramai kepada Akademi Al Bayan.