Kelas Fiqh Jali

Kelas Fiqh Jali dijalankan untuk memantapkan kefahaman kita terhadap ilmu-ilmu fiqh dan akidah terutama ibadah yang paling utama dan wajib. Pendaftaran untuk kelas Fiqh Jali masih dibuka dan boleh layari laman web Pertubuhan Akademi Al Bayan untuk hubungi pengurusan. Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur. Sebarang kemusykilan dan persoalan boleh ditanyakan ketika dalam program kelas ini berlangsung. Kelas boleh disertai melalui Google Meet atau live di Facebook atau Youtube.

Ustaz DRHD menyampaikan tentang teori dan definisi istinjak dan juga amali dalam cara-cara untuk melakukan istinjak. Terdapat pelbagai jenis najis dan setiap najis ada cara untuk beristinjak yang tersendiri. Video-video lain boleh ditonton dengan menekan butang di bawah atau boleh lawati Facebook Ustaz Dr Nur Mohammad Hadi Official.