Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan merupakan kompleks pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada pendidikan anak-anak mualaf. Penubuhannya adalah hasil kesedaran terhadap kekurangan institusi pendidikan yang dikhususkan untuk golongan ini, meskipun keperluannya semakin mendesak dari semasa ke semasa.
Kompleks ini bukan sahaja menyediakan tempat tinggal dan pembelajaran, malah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mualaf dengan asas kefahaman Islam yang sahih. Dengan bimbingan yang berterusan, mereka berpotensi menjadi pendakwah dan agen perubahan yang membawa risalah Islam kepada masyarakat.
Cadangan pembinaan kompleks ini amat bertepatan pada waktunya kerana pada masa ini, hanya terdapat beberapa institusi pengajian anak-anak mualaf di seluruh negara, itupun dengan kapasiti yang sangat terhad.

Penubuhan Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan diharap dapat menjadi pusat pengembangan ilmu, penghayatan al-Quran, serta medan tarbiah dan dakwah untuk seluruh umat Islam di Malaysia. Ia telah ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-004-05-22122021.

Pintu Budaya Melayu

Pintu Budaya India

Pintu Budaya Cina

Gambaran 3D & Ciri-Ciri Kompleks 3 Budaya​

Falsafah di sebalik rekaan Kompleks 3 Pintu ialah ia terdiri daripada 3 bangsa utama dalam Malaysia iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Walaupun kita berbilang bangsa, kesemua hamba Allah menghadap kepada Tuhan yang Satu setelah memasuki pintu kompleks. Kepercayaan dan budaya bagi setiap bangsa itu mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek namun kita semua berpegang teguh dengan syariat Islam dan beriman kepada Allah SWT.

Kos Keseluruhan Pembinaan:

Kos keseluruhan pembinaan yang melibatkan pleminaries, piling and special foundation, building, mechanical and electrical services, external works, construction cost, contribution fee local & utility authority, miscellaneous, land cost dan profesional fees berjumlah:

RINGGIT MALAYSIA
0

Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan juga menerima sumbangan derma,
zakat dan wakaf sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan.

Lawatan Penderma ke Tapak Kompleks

24 September 2023 – Kg. Pegoh, Melaka

Penandaan Arah Kiblat

14 September 2023 – Kg. Pegoh, Melaka

Mesyuarat bersama Kontraktor

20 Ogos 2023 – Kg. Pegoh, Melaka

Lawatan Tapak bersama Kontraktor & Konsultan

9 Julai 2023 – Kg. Pegoh, Melaka

Mesyuarat bersama Kontraktor

9 Julai 2023 – Alor Gajah, Melaka