Penubuhan Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan ini diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya kewujudan institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.

Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan adalah pengasas dan Pengarah Al Bayan Global Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang motivator yang mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran dan pembelajaran sejak 2011 hingga sekarang. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di beberapa universiti.

Beliau juga terlibat dalam bimbingan motivasi untuk belia atau remaja di pelbagai peringkat. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pakar rujukan di Pejabat Perdana Menteri dalam bidang Maqasid Syariah dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, Beliau juga merupakan Penasihat kepada Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita juga dalam bidang Maqasid Syariah. Beliau sering diundang untuk memberi ceramah di agensi kerajaan dan swasta serta menjadi pakar rujuk dalam menghasilkan silibus pembangunan insan.

Beliau merupakan panel syariah di beberapa syarikat seperti Insan Development Academy, Prof Muhaya Circle dan lain-lain. Beliau juga merupakan penceramah di stesen-stesen radio seperti Ikim FM dan Terengganu FM. Aktif di Tv Al Hijrah dan menulis di akhbar mengenai pelbagai isu semasa. Kini berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Akademik Insan Development Academy yang menguruskan ratusan peserta untuk kemasukan pekerjaan di sektor industri di bawah Syarikat Mainforce Group.

pejabat

60-2,Jalan Timur 6/2D,Bandar Baru Enstek, 71760 Nilai , Negeri Sembilan

Tapak Pusat Akademi Al Bayan

LOT 309 KG , 78000 Alor Gajah , Melaka

Sekirannya Tuan/Puan Mempunyai Cadangan atau Permasalahan Semasa Melayari Portal Kami . Pihak Kami Telah Menyediakan Satu Borang Tinjauan Mengenai Portal Kami .
Maklum Balas Anda Amat Kami Perlukan Untuk Penambahbaikkan.