Edit Content

HALAMAN UTAMA

INFO KORPORAT

INFO KOMPLEKS

PENERBITAN

MEDIA

TABUNG

Info Korporat Pengenalan Akademi albayan Dr Nur Muhammad Hadi

Penubuhan Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan ini diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.

Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan adalah Pengasas Al Bayan Global dan Pengarah Eksekutif Al Bayan Global Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang pakar motivasi yang mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran dan pembelajaran sejak 2011 hingga sekarang. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di beberapa universiti.

Beliau juga terlibat dalam bimbingan motivasi untuk belia atau remaja di pelbagai peringkat. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pakar rujukan di Pejabat Perdana Menteri dalam bidang Maqasid Syariah dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, beliau juga merupakan Penasihat kepada Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita juga dalam bidang Maqasid Syariah. Beliau sering diundang untuk memberi ceramah di agensi kerajaan dan swasta serta menjadi pakar rujuk dalam menghasilkan silibus pembangunan insan.

Beliau merupakan panel syariah di beberapa syarikat seperti Insan Development Academy, Prof Muhaya Circle dan lain-lain. Beliau juga merupakan penceramah di stesen-stesen radio seperti Ikim FM dan Terengganu FM. Aktif di Tv Al Hijrah dan menulis di akhbar mengenai pelbagai isu semasa. Kini berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Akademik Insan Development Academy yang menguruskan ratusan peserta untuk kemasukan pekerjaan di sektor industri di bawah Syarikat Mainforce Group.

VISI

MISI

Menjadi sebuah institusi pusat pengembangan ilmu Islam yang terunggul bagi melahirkan generasi dakwah daripada golongan
anak-anak mualaf

Melahirkan golongan anak-anak mualaf sebagai daie supaya dapat berdakwah kepada bangsa mereka dengan menggunakan bahasa mereka sendiri