Alhamdulillah, seramai 100 anak-anak yatim dan asnaf telah menyertai program Jelajah Kasih Al Bayan yang berlangsung dengan penuh keceriaan di D’Bilut Agrofarm and Retreat, Pahang. Program ini bertujuan menyemai kasih sayang, memberi motivasi, dan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf. Pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuk perkongsian ilmu,lawatan ke ladang haiwan peliharaan di D’Bilut, permainan ATV, mandian kolam renang & pemberian cenderahati. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kegembiraan dan inspirasi kepada anak-anak untuk terus maju dan berjaya.