KOmpleks

matlamat utama akademi al bayan

  1. Menanamkan kepentingan menghafal , mempelajari , memahami , beramal dan menyampaikan segala perintah – perintah Allah SWT  berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW kesuluruhan permukaan alam.

  2. Untuk melahirkan anak – anak muallaf yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran
    Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW. Mereka juga akan dibimbing supaya menjadi seorang daie yang menyebarkan agama Islam di dalam kaum atau sesama bangsa mereka.

  3. Melahirkan anak – anak muallaf yang profesional serta kompeten dalam mendepani agenda pemerkasaan ummah melalui aktiviti dakwah dan pembangunan jiwa insan secara sistematik  komprehensif dan berkesan. 

LOkasi cadangan

Beralamat di :
Lot 309 , Mukim Pegoh , Alor Gajah , Melaka .

Keluasan tanah

Keluasan tanah yang digunakan untuk pembangunan Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan 0.7836 Hektar.

TEMPAT KEDIAMAN PENGAJAR

Oleh kerana pengajian Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan dijalankan sepenuh masa , maka tempat kediaman pengajar sepunuh masa adalah didalam kawasan kompleks . Bilik atau rumah rehat bagi pengajar luar juga akan disediakan di dalam kawasan kompleks.

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan terdiri daripada pengajar- pengajar bertauliah.

SUKATAN PELAJARAN

Pengajian di Akademi Al Bayan akan menekankan pendidikan melalui kaedah pengalaman dan pengajian yang selari dengan Jabatan Agama Islam Melaka . Pengajian berkonsepkan penghafalan Al-Quran Nur Karim dan menggunakan kitab – kitab yang muktabar di sisi para ahli ulamak di dalam ilmu feqah , tauhid dan lain – lain .

GALERI AKADEMI AL BAYAN

LAKARAN MODEL 3D BANGUNAN- BANGUNAN DI KOMPLEKS AKADEMI AL BAYAN

URUSAN PEJABAT

Alamat premis: 60-3 Jalan Timur 6/2D Bandar Enstek 71760 Nilai Negeri Sembilan

10.00 AM – 4.30 PM
ISNIN – JUMAAT

HUBUNGI KAMI

DR HADI : +60 11 – 5556 8550

CIK MAS : 018 – 230 0456

PEJABAT : 06 – 795 3808

MEDIA SOSIAL