Korban Perdana bersama mualaf

Telah berlangsungnya program “Korban Perdana bersama Mualaf” anjuran Pertubuhan Akademi Al Bayan pada 18 Jun 2024 di tapak pembinaan Akademi Al Bayan, Kg. Pegoh, Melaka. Seramai 120 orang mualaf dan 40 golongan asnaf turut serta dalam program ini. Ia memberi peluang kepada golongan asnaf dan mualaf untuk mendalami dan mempraktikkan ilmu dalam melaksanakan ibadah korban. Rata-rata golongan mualaf teruja melibatkan diri buat pertama kali dalam ibadah korban kerana mereka dapat merasai pengalaman berkorban secara menyeluruh terutamanya aktiviti melapah dan memotong daging korban. Semoga segala pendedahan dapat diamalkan secara berterusan dan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan lebih-lebih lagi golongan asnaf yang memerlukan.