Kunjungan Penderma ke Tapak Pembinaan Al Bayan

Pada 19 November 2023, para rombongan dan penderma dari pelbagai daerah telah melawat ke tapak pembinaan Akademi Al Bayan di Kg. Pegoh, Melaka. Terdapat rombongan penderma dari Singapura, Perlis dan juga penduduk Melaka. Kelab Muslimah Masjid Maghfirah Kepala Batas Pauh Sanglang Perlis terdiri daripada jumlah 40 orang ahli dan beberapa pengunjung daripada Singapura dan Melaka. Barisan penasihat Pertubuhan Akademi Al Bayan iaitu Dr. Tengku Asmadi & En. Abu Talib juga sama-sama menghadiri untuk memberikan pencerahan mengenai penubuhan Kompleks Akademi Al Bayan. Para pengunjung ini juga mengambil kesempatan membeli Sambal TERIaak sambil berinfak kepada tabung pembinaan kami sekaligus memerhatikan perkembangan proses pembinaan yang sedang berjalan ketika ini iaitu menaikkan cerucuk tiang untuk bangunan Masjid 3 Pintu yang akan didirikan tidak lama lagi.

Video penuh intipati kunjungan penderma ke tapak Al Bayan boleh tonton di sini: