Lawatan Kunjungan Hormat Pelan Pembinaan Silibus Maahad Tahfiz Dakwah Anak-Anak Mualaf (MTDAM)

Lawatan hari ke-2 oleh tim Syariah Al Bayan diteruskan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai standard operating procedure (SOP), proses penapisan pelajar, kaedah pembelajaran, aktiviti kebajikan, serta perniagaan yang dijalankan oleh MADAD. Kami telah dibawa melawat ke beberapa tempat yang masih dalam pembinaan seperti Stadium e-Sport, Kandang Kuda, Café dan Taman Kanak-Kanak. Sistem pendidikan perlu bersifat fleksibel dan holistik supaya dapat mendekati jiwa generasi muda yang mendapat pendedahan awal terhadap dunia hasil dari perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini.