Majlis Mahabbah & Ambang Ramadhan

Majlis ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 4 & 5 Februari 2023. Mahabbah & Ambang Ramadhan dilakukan di Masjid An-Najwan, Kg Pegoh, Alor Gajah, Melaka bersama-sama dengan penduduk kampung Kg Pegoh. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong, merewang, jamuan dan lain-lain.

Hari Pertama - Rewang

Aktiviti pada 4 Februari 2023 dimulai dengan aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar Masjid An-Najwan. Sejurus itu, majlis ini diikuti dengan aktiviti merewang dimana semua penduduk kampung berkerjasama dalam memasak dan menyediakan makanan. Ustaz Dr Nur Hadi juga membantu dalam proses penyembelihan lembu untuk dimasak oleh penduduk kampung. Antara menu yang disediakan ialah gulai daging.

Hari kedua - Majlis Ambang Ramadhan

Pada hari tersebut, majlis utama yang diadakan ialah Majlis Penutup Mahabbah & Ambang Ramadhan. Majlis ini dihadiri oleh ketua kampung Kg. Pegoh, penduduk kampung dan juga penasihat-penasihat Pertubuhan Akademi Al Bayan iaitu Dr. Tengku Asmadi dan juga Dr. Ahmad Irdha.