Pertubuhan Akademi Al Bayan telah mengadakan Majlis Penutup Kelas Online bagi pembelajaran untuk anak-anak mualaf pada 19 Mac 2023. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru kelas online iaitu Ustazah Khadijah, Ustazah Ashirah, Ustaz Dr. Nur Hadi, pengarah Syariah iaitu Ustaz Hazrul dan juga pengarah Media iaitu En. Samir. Anak-anak mualaf yang menyertai kelas online dalam 3 bahasa berbeza juga memeriahkan majlis ini secara online di Google Meet. Majlis ini juga diadakan secara live dalam Facebook dan YouTube Ustaz Dr. Nur Hadi.
Antara intipati majlis ini ialah ucapan dari guru-guru dan juga Ustaz Dr Nur. Hadi, penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi setiap kelas, penyampaian hadiah kepada guru-guru dan akhirnya juadah ringan.