Misi Prihatin & Kunjungan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia

Program Misi Prihatin Al Bayan sebelah pagi dan Lawatan ke tapak pembinaan Akademi Al Bayan Kompleks 3 Budaya sebelah petang di Kg. Pegoh Melaka berlangsung pada 15 Oktober 2023.

Misi Prihatin yang dijalankan di Masjid An-Najwan, Kg. Pegoh menfokuskan dalam memberikan bantuan kepada 200 orang yang terdiri daripada 120 orang asnaf dan 80 orang mualaf. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Seterusnya, YB Tuan Haji Adly Zahari juga melawat ke tapak pembinaan Kompleks Akademi Al Bayan 3 Budaya yang sedang dalam proses pembangunan di mana pembinaan cerucuk atau ‘piling’ untuk menaikkan tiang konkrit sedang dijalankan. Kompleks ini dijangka siap pada penghujung tahun 2025.

“Tahfiz ini menggabungkan pelbagai budaya di Malaysia seperti India & Cina dan juga menjadi peneraju bagi institusi tahfiz kerana ia mampu mempertambahkan ilmu agama Islam dalam setiap budaya di Malaysia” kata YB Tuan Haji Adly Zahari