Pengajian di Akademi Al Bayan akan menekankan pendidikan melalui kaedah pengamalan dan pengajian yang selari dengan Jabatan Agama Islam Melaka. Pengajian berkonsepkan penghafalan Al-Quran al-karim dan menggunakan kitab-kitab yang muktabar di sisi para alim ulama dalam ilmu feqah, tauhid dan lain-lain.
Pengambilan penghuni adalah seperti berikut: 1. Golongan anak-anak mualaf yang berbangsa Cina, India dan lain-lain. 2. Mempunyai minat untuk menghafal Al-Quran dan menjadi dai. 3. Mampu mengikuti setiap sesi pengajian yang telah diatur. 4. Berakhlak mulia.
Tenaga pengajar Kompleks Pendidikan Akademi Al Bayan terdiri daripada pengajar bertauliah serta mampu bertutur dalam pelbagai bahasa.
Teacher