Program ini diadakan pada hari Isnin bertarikh 6 Mac 2023. Program ini dilaksanakan di Mymedikal Healthcare, Puchong, Selangor dengan kerjasama Pengasas MyMedikal Healthcare, Dr. Salleh dan juga penyiaran daripada TV Al- Hijrah. Seramai lebih 30 orang asnaf mualaf menyertai program ini termasuk 6 orang peserta kanak-kanak. Pelbagai latar belakang dan kaum seperti India, Cina, Bidayuh, Iban dan Rungus yang menghadiri program ini.