Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nursarah Letchuman yang asalnya beragama Hindu yang telah memeluk Islam tetapi tidak disambut baik oleh masyarakat sekelilingnya. Beliau juga menghadapi kesukaran untuk memberitahu kepada keluarganya mengenai status agamanya yang sekarang.
Untuk mengetahui kisah Puan Sarah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Charles Abdullah ketika dimana ibu beliau memberi pesanan kepada Charles berkali-kali mengatakan ” Islam adalah agama yang suci ” sehingga ibu beliau meninggal dunia.
Untuk mengetahui kisah Charles Abdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Nur Ain Tay Chui Chu yang menghadapi kesukaran untuk mengajar anaknya dalam subjek pendidikan Islam dan jawi kerana kurang fasih lagi. Sebagai seorang ibu, dia ingin memberikan yang terbaik buat anaknya tetapi diatas kekurangan memahami dalam jawi menyebabkan beliau tidak dapat membantu anaknya.
Untuk mengetahui perjuangan kisah Nur Ain Tay Chui Chu lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Muhammad Awsam Sadial Bin Abdullah mula terdetik memeluk Islam setelah melihat akhlak baik orang muslim di Malaysia. Pada mulanya terpaksa berjauhan dari keluarga. Jiwanya berasa kosong setelah memeluk Islam dan beliau terpaksa menolak undangan rakan-rakan pemuzik untuk membuat persembahan kerana mengikuti kelas agama.
Untuk mengetahui kisah Muhammad Awsam Sadial lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nor Alia Binti Abdullah mula terdetik memeluk Islam setelah mendengar azan ketika zaman sekolahnya. Permulaan selepas memeluk Islam tidak disambut begitu baik daripada ahli keluarga. Ujian lebih teruk setelah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dimana kesemuanya mempunyai sakit kronik dan suaminya buta sebelah.
Untuk mengetahui kisah Puan Nor Alia Binti Abdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Encik Muhamad Al-Firman Jass Bin Abdullah yang merupakan seorang “survival” Covid-19 tahap 4 dan hampir ditidurkan. Ketika di fasa tidak sedar diri, beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang berpakaian seperti seorang Muslim menyuruhnya mencari identiti diri yang sebenar. Sebaiknya sedar dari mimpi itu, perkataan pertama beliau menyebut kalimah “Allahu Akhbar”.
Untuk mengetahui kisah Encik Muhamad Al-Firman Jass Bin Abdullah lebih lanjut , sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Encik Ahmad Andrew merupakan mangsa banjir. Ketika PERKIM Keramat datang memberikan bantuan kepada penduduk disitu dan berlaku kejadian yang tidak disangka menyaksikan kejadian kitab al-Quran bercahaya seperti memanggil beliau untuk mengambil dan memeluknya. Tanpa berfikir panjang, beliau terus meminta kitab al-Quran tersebut dari salah seorang ustaz yang berada disitu dan meminta ustaz tu syahadahkan beliau pada ketika itu juga.
Untuk mengetahui kisah Encik Ahmad Andrew lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nur Syifa Helena Binti John yang sudah lama teringin hendak memeluk Islam tetapi takut kerana tiada orang untuk membimbing. Melihat juga umat Islam bersatu hati mendoakan keselamatan supaya dilindungi wabak Covid-19 membuatkan beliau berfikir bagaimana jikalau mati dalam keadaan bukan Islam?
Untuk mengetahui kisah Puan Nur Syifa Helena Binti John lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nor Amalin Kee setelah memeluk Islam dimana penerimaan ayahnya terhadap anaknya selepas masuk Islam tidak baik kerana merasakan seperti kehilangan anak. Sehinggalah Puan Nor Amalin Kee melahirkan anak pertama barulah ayahnya mula menerima penghijrahan beliau.
Untuk mengetahui kisah Puan Nor Amalin Kee lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Ayesha Asim Binti Abdullah ketika berumur 20 tahun bermimpi tentang penampakan orang beratur untuk diadili hukuman. Mereka memakai pakaian berwarna putih seperti orang di Rome. Pada tahun 2018, setelah beliau berpisah dengan suami, beliau tidak mendapat atau tidak menjumpai ketenangan dan kebahagiaan. Beliau termenung di balkoni rumah dan terdengar azan subuh lalu beliau berkata dalam hati, “betul ke Tuhan itu wujud, kalau ada tunjukkan kekuasaan Mu dan dalam masa seminggu aku akan masuk Islam”.
Untuk mengetahui kisah Puan Ayesha Asim Binti Abdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Nur Qisha Seh Nie Binti Abdullah sebelum berhijrah merupakan beragama Buddha. Semasa berumur 11 tahun, Nur Qisha Seh Nie selalu berasa tenang ketika mendengar azan di surau berhampiran rumahnya. Ketika umur meningkat dewasa, Nur Qisha memberitahu ibunya bahawa dia ingin memeluk Islam. Ini membuatkan ibunya berasa sedih dan seperti sakit jantung kerana anak tunggalnya ingin menukar agama. Nur Qisha terpaksa menunda hasratnya untuk memeluk agama Islam ketika itu.
Untuk mengetahui kisah Nur Qisha Seh Nie Binti ABdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nur Ain Rhoumelia Aguhayan Garcia mengikut ibunya kerja sebagai “tourist guide” di Malaysia dan beliau ikut ibunya melancong di Malaysia, rakan sekerja ibu hendak berkenalan dengan beliau. Mummy beliau berkenan dan ingin kami berkahwin. Ketika itu beliau baru sahaja tahu bahawa beliau perlu memeluk Islam untuk berkahwin. Semasa zaman perkhawinan, Puan Nur Ain dan suaminya mendapat pelbagai ujian dan mengalami kesempitan hidup sehingga wang yang berada didalam beg duit Puan Ain hanyalah satu ringgit sahaja.
Untuk mengetahui kisah Puan Nur Ain Rhoumelia Aguhayan Garcia lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Rayyan Wong Yong Heng yang telah jatuh cinta pada keindahan Islam sejak dari zaman sekolah. Beliau telah memeluk Islam secara rahsia tanpa pengetahuan ahli keluargannya. Setelah hampir 2 bulan berahsia dari ahli keluarga akhirnya diketahui bermula dari abangnya dan seterusnya ibubapanya. Selepas mengetahui anak mereka memeluk Islam, Ibunya berkata “jangan memanggilnya ibu lagi” menyebabkan Rayyan Wong berasa amat sedih sekali.
Untuk mengetahui kisah Rayyan Wong Yong Heng lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Nur Syahirah Sophia Chua Binti Abdullah yang mendapat hidayah daripada Allah ketika pergi bercuti berdua bersama sahabatnya kerana mempunyai masalah. Semasa berada di hotel, Sophia terjaga sebelum Subuh dan terdengar azan menyebabkan hati dan pemikirannya berasa tenang. Selepas itu, beliau mempelajari cara solat di Youtube.
Untuk mengetahui kisah Nur Syahirah Sophia Chua Binti Abdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Shila Binti Abdullah yang berasa turut gembira ketika bulan puasa kerana keluarga kakak sulung yang Muslim menyambut Ramadan dengan meriah dan hubungan semakin rapat. Selepas masuk Islam, Puan Shila ditimpa musibah dimana ibunya sakit dan beliau dihalang oleh kakaknya yang tinggal di Sarawak daripada melawat ibunya sehingga ibunya dikebumikan.
Untuk mengetahui kisah Puan Shila Binti Abdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nurhayati Yee binti Abdullah yang mempunyai perasaan ingin tahu kenapa rakan-rakannya yang berbangsa Melayu solat 5 waktu sehari dan bila berpuasa, mereka tidak makan dan minum.
Untuk mengetahui kisah Puan Nurhayati Yee binti Abdullah lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temuual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Muhammad Syafiq Bin Muhammad Rahman yang tertarik dengan amalan kehidupan seharian keluarga mak saudara yang masuk Islam. Walaupun berlainan agama, mak saudara berdakwah tentang Islam kepada keluarga Syafiq. Ujiannya bermula ketika beliau memeluk Islam dimana tidak diterima keluarga besar dan juga ujian kematian ayahnya.
Untuk mengetahui kisah Muhammad Syafiq Bin Muhammad Rahman dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Teng Yoke Ching (Sumayyah) yang beragama Buddha sebelum ini dan terbuka hati untuk memeluk Islam ketika musim pandemik. Beliau cuba mencari Tuhan dengan mengkaji beberapa kepercayaan agama lain namun tiada jawapan. Beliau mempelajari Islam dengan kawan Muslim di masjid. Setelah ustaz menyuruhnya untuk berhijab, beliau secara langsung berasa tenang. Ujian beliau adalah penerimaan orang sekeliling dan pelanggan e-hailing terhadap proses beliau untuk mendalami agama Islam.
Untuk mengetahui kisah Teng Yoke Ching (Sumayyah) dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Puan Nur Aisyah Yap Sieow Ching yang berbangsa Cina yang berasa tenang ketika memasuki masjid. Ia bermula daripada kawan sekerja yang berbangsa Melayu dimana beliau diajak ke masjid untuk menemani kawannya solat. Beliau kurang berasa perasaan marah setelah memasuki Islam. Pada mulanya, ibu beliau tidak boleh menerima namun ia berubah apabila ayahnya sering menceritakan baik budi orang Melayu Islam dalam menolongnya membaiki motor.
Untuk mengetahui kisah Puan Nur Aisyah Yap Sieow Ching dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan kisah Nor Azlin Abdullah Mendoza berbangsa Filipina yang mahu mencari ketenangan dalam Islam. Beliau terdetik untuk mendalami Islam ketika melihat kawannya menunaikan solat Subuh dan kawannya sering berasa tenang. Beliau bertambah menghayati Islam apabila majikannya selalu menunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Majikan beliau membawanya ke pejabat Islam untuk mengucap syahadah. Ujiannya adalah keluarga beliau tidak mahu menerima termasuk anak-anak dan bekas suaminya juga beliau dihalang untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
Untuk mengetahui kisah Nor Azlin Abdullah Mendoza dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.
Episod kali ini mengupaskan tentang Pertubuhan Akademi Al Bayan dengan jemputan kontraktor, Puan Nik Masyitah Yusoff. Kehadiran beliau adalah untuk menerangkan proses pembangunan Akademi Al Bayan yang akan dibina tidak lama lagi.
Untuk mengetahui proses pembangunan Akademi Al Bayan daripada keterangan Puan Nik Masyitah Yusoff dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan sedutan temubual bersama Ustaz DRHD.