Kelas Rezeki Dhuha
Rezeki Dhuha dijalankan pada masa terluang Ustaz DRHD ketika waktu Dhuha iaitu daripada jam 10 hingga jam 11 pagi. Konten disediakan oleh team Syariah mengikut kepada tajuk yang diberikan dan berpandukan maqasid syariah. Kemudian, pihak media akan kendalikan kerja-kerja teknikal untuk melancarkan kelas tersebut secara langsung melalui platform videostreaming. Ustaz akan berhujah secara teliti mengenai tajuk pilihan pada hari itu.
Ustaz Hazrul dan Ustazah Hanin merupakan staff dalam team Syariah. Mereka berhujah mengenai situasi dan batas-batas semasa Hari Raya Aidilfitri di mana live ini berlangsung sewaktu beberapa hari terakhir bulan Ramadan. Video-video lain untuk kelas Rezeki Dhuha boleh ditonton dengan menekan butang di bawah atau boleh lawati Facebook Ustaz Dr Nur Hadi Official.