Rumah Terbuka Al bayan
Rumah Terbuka Al Bayan diadakan di Masjid Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan daripada jam 10 pagi sehingga 3 petang. Rumah Terbuka ini dihadiri lebih kurang 500 orang terdiri daripada mualaf, jemputan khas, VIP, VVIP dan kenalan DRHD. Mualaf-mualaf digalakkan untuk memakai pakaian tradisional mengikut budaya tersendiri. Pelbagai bangsa seperti kaum India, Cina, Iban, Melanau, Baba dan Nyonya, Kadazan Dusun, Bajau, Murut. Seramai lebih kurang 30 mualaf rela hati menjadi sukarelawan untuk membantu Al Bayan bagi melancarkan majlis rumah terbuka. Hidangan utama yang disediakan ialah Nasi Briyani, Ayam Merah, Daging Hitam. Beberapa booth makanan lain juga dibuka bagi memberi peluang kepada peniaga kecil seperti penjual apam balik, mee kari, cendol, kambing bakar dan sebagainya untuk mengembangkan bisnes mereka. Peraduan baju tercantik juga diadakan untuk meraikan segala usaha mualaf yang mengenakan pakaian tradisional yang sangat menarik. Pemberian zakat hasil sumbangan orang ramai kepada Al Bayan juga dilaksanakan setelah majlis rumah terbuka berakhir. Selain itu, Al Bayan juga mempromosikan produk terbaru iaitu Sambal TERIaak yang boleh didapati dalam 3 versi, iaitu Sambal Pedas Manja, Sambal Volcano dan juga Sambal KrupKrap.
Rumah Terbuka ini dihadiri oleh beberapa jemputan khas dan pihak media serta akhbar. Antara jemputan khas ialah Puan Rozita binti Abdullah (ibu kepada DRHD), En. Saiful (TV Al Hijrah), Dato’ Hj. Abdul Rahim (CEO PEYATIM), Ustaz Najmuddin bin Abdul Karim (Ketua Penolong Mufti Wilayah), Ahmad Fahmi Samsuddin (Naib Presiden ABIM), Nur Mohd Razali bin Abdullah (Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan) serta Dr. Hj. Tengku Asmadi, En. Abu Talib, Dr. Ahmad Irdha sebagai barisan penasihat Pertubuhan Akademi Al Bayan. Jemputan-jemputan lain adalah seperti Mat Dan, Ahmad Iqbal Zulkefli, Amin Idris, Ustaz Asem, Datin Norlu, Faizul Rohban, Ustaz Nik Omar, Ustaz Shukri, Ustaz Hanan sebagai emcee majlis, Ustaz Ammar Mukhlis sebagai qari’ majlis, Azhary dan juga Aeydan sebagai artis jemputan majlis. Media-media seperti TV9, TV3, TV Al Hijrah dan beberapa akhbar juga turut membuat liputan bagi majlis ini. Pada masa yang sama, sidang media untuk program Selera Rasa Mualaf juga diadakan di kelas kuliah Masjid Enstek. Ustaz Dr. Nur Hadi bersama-sama 2 orang mualaf yang berbakat dan berpengaruh dalam bidang masakan iaitu Aishah (Tiktok: @soyabelacan) dan juga Mikhail (Tiktok: @mukagangster) terlibat dalam sidang media tersebut.
Video penuh majlis Rumah Terbuka Al Bayan boleh ditonton di sini: