Tiga orang mualaf telah mendapat tajaan umrah daripada Pertubuhan Akademi Al Bayan. Hasrat ustaz adalah untuk membantu mualaf-mualaf ini menghayati Islam dengan lebih mendalam & seterusnya dapat berdakwah kepada kenalan sebangsa mereka untuk merasakan keindahan Islam dan kekuasaan Allah SWT di mana ia selari dengan tagline Pertubuhan Akademi Al Bayan, “Satu Agama Pelbagai Bangsa”