Tangisan Mualaf Syawal
TANGISAN MUALAF ( EDISI SYAWAL ) eP 1 : ZAINAL ABDULLAH
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Encik Zainal atau lebih dikenali dengan Tok Nal bersama keluarganya melakukan persiapan menyambut bulan syawal. Dalam episod ini, mengupaskan gaya hidup dan aktiviti Tok Nal dan sekeluarga semasa persiapan menyambut hari raya.
Untuk mengetahui kisah Tok Nal dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.
TANGISAN MUALAF ( EDISI SYAWAL ) EP 2 : RIDHWAN LEE
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Ridhwan Lee melakukan persiapan menyabut bulan syawal bersama keluarganya. Dalam episod ini, Ridhwan menceritakan bagaimana kali pertama dia menyambut perayaan hari raya.
Untuk mengetahui kisah Ridhwan Lee dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.
TANGISAN MUALAF ( EDISI SYAWAL ) EP 3 : SARAH lECTHUMANAN
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Puan Sarah melakukan persiapan menyabut bulan syawal bersama keluarganya walaupun keluarganya berbeza agama. Puan Sarah menceritakan bagaimana perasaannya ketika kali pertama ingin menyambut bulan syawal.
Untuk mengetahui kisah Puan Sarah dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.
TANGISAN MUALAF ( EDISI SYAWAL ) EP 4: PUAN SERENA
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Puan Serena di Kg. Pegoh, Alor Gajah, Melaka (rumahnya). Puan Serena merupakan seorang yang berbangsa Serani. Beliau bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak dan suaminya membuat pekerjaan kampung seperti buat kerisik, mengkail kelapa dan sebagainya. Beliau tetap pergi menyara keluarga walaupun suaminya masih bekerja. Ibubapa Serena tidak menerima beliau selepas memeluk Islam dan beliau melarikan diri daripada rumah.
Untuk mengetahui kisah Puan Serena dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.