Tangisan Mualaf Ramadan
TANGISAN MUALAF RAMADAN EP 1: TOK NAL
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Tok Nal di Semenyih, Selangor (rumahnya). Dalam episod ini juga mengupaskan gaya hidup dan aktiviti Tok Nal semasa bulan puasa dan juga kisah beliau memeluk Islam. Tok Nal mengisi masa lapangnya dengan aktiviti semaian dan kerja-kerja yang menggunakan tenaga. Beliau terdetik untuk memeluk Islam setelah beliau mengalami sebuah mimpi di mana beliau nampak ahli keluarganya dalam keadaan yang tidak menyenangkan.
Untuk mengetahui kisah Tok Nal dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.
TANGISAN MUALAF RAMADAN EP 2: WAN
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Wan di Sungai Petani, Kedah (rumahnya). Wan merupakan seorang yang nomad dari asalnya di Perlis. Beliau kerap pergi ke masjid untuk mendengar ceramah dan membuatkan beliau lama-kelamaan terdetik untuk memeluk Islam pada tahun 2012 di Masjid Sungai Layar. Beliau merupakan ayah kepada 3 orang anak kecil yang sangat ringan tulang dalam mencari rezeki. Pekerjaan utama beliau adalah sebagai pengecat kereta ditambah lagi dengan kerja sampingan seperti memesin rumput, memasang bumbung, membersihkan dan menggali kubur dan lain-lain.
Untuk mengetahui kisah Wan dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.
TANGISAN MUALAF RAMADAN EP 3: PUAN SARAH
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Puan Sarah di Setapak, Kuala Lumpur (rumahnya). Puan Sarah merupakan seorang ibu tunggal kepada 4 orang anak dan juga satu-satunya anak tunggal untuk En. Letchumanan dan Pn. Tunikodi yang belum memeluk agama Islam. Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dan juga membuat online bisnes menjual muruku, kuih loyang. Beliau tetap pergi melawat bapanya di hospital walaupun penat bekerja. Beliau sangat berharap untuk berjumpa ibubapanya di syurga sehinggakan beliau mengucapkan dua kalimah syahadah setiap kali melawat bapanya.
Untuk mengetahui kisah Puan Sarah dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.
TANGISAN MUALAF RAMADAN EP 4: PUAN SERENA
Episod ini mengisahkan tentang kehidupan Puan Serena di Kg. Pegoh, Alor Gajah, Melaka (rumahnya). Puan Serena merupakan seorang yang berbangsa Serani. Beliau bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak dan suaminya membuat pekerjaan kampung seperti buat kerisik, mengkail kelapa dan sebagainya. Beliau tetap pergi menyara keluarga walaupun suaminya masih bekerja. Ibubapa Serena tidak menerima beliau selepas memeluk Islam dan beliau melarikan diri daripada rumah.
Untuk mengetahui kisah Puan Serena dengan lebih lanjut, sama-sama saksikan episod ini bersama Ustaz DRHD dan Mat Dan sebagai pengacara program.