Tautan Kasih Korban Al Bayan 2025

Alhamdulillah, semangat ukhuwah dan pengorbanan terpancar indah dalam Program Tautan Kasih Korban Al Bayan 2025 anjuran Pertubuhan Akademi Al Bayan dengan kerjasama erat penduduk Kg. Pegoh, Melaka.
 
Sebanyak 4 ekor lembu telah berjaya dikorbankan di Tapak Kompleks Akademi Al Bayan, Kg. Pegoh Melaka dan program telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama penduduk yang prihatin dan penuh semangat kebersamaan.
 
Syukur atas kelancaran program ini yang bukan sahaja mempererat silaturrahim sesama penduduk dan Pertubuhan Akademi Al Bayan, malah menyuburkan nilai ihsan dan kasih sayang sesama insan.
 
Semoga setiap titisan darah yang tumpah menjadi saksi ketakwaan, dan setiap daging yang diagihkan akan membawa keberkatan buat semua penerima.